Binary Assassination

FASA  1: Engagement

Aktiviti SULAM ini dimulai dengan sesi ice breaking iaitu sesi pengenalan diri antara fasilitator dan pelajar PNU. Sesi ini diteruskan dengan satu permainan yang dinamakan "tibai lalat". Syarat permainan ini adalah pemain perlu membuat satu bulatan besar. Bulatan ini terdiri daripada fasilitator dan pelajar. Permainan dimulai apabila pemain yang memulakan permainan yang dikenali sebagai "lalat" berjalan mengelilingi bulatan sambil memegang satu objek iaitu sapu tangan. Pemain ini meletakkan sapu tangan tersebut di belakang pemain lain dalam bulatan berkenaan kemudian kembali duduk di tempat asalnya. Jika pemain tadi berjaya dikejar, maka pemain itu akan mengulangi permainan tersebut sehingga berjaya. Sementara pemain yang memegang kain berjalan-jalan mencari mangsa, ahli yang lain perlu menyanyikan lagu tibai lalat sepanjang permainan berlangsung.

FASA 2: Explanation


Wakil fasilitator memberikan penjelasan tentang aktiviti pertama iaitu sistem nombor. Pelajar akan dipecahkan kepada lima kumpulan kecil yang terdiri daripada enam ahli. Setiap fasilitator yang ditugaskan ke kumpulan tersebut akan memberikan penjelasan yang jelas mengenai bagaimana aktiviti ini harus dilaksanakan. Explanation akan dilakukan serentak dengan exploration.

FASA 3: Exploration


Setiap kumpulan perlu memilih karakter masing-masing antaranya  Investigator, IT Officer dan Detective. Investigator ditugaskan untuk menyelidik dan mencari petunjuk di setiap anggota badan mayat. Seterusnya, IT Officer ditugaskan untuk menyahkan kod bagi petunjuk yang terdapat di anggota badan mayat. Manakala Detective pula perlu membuat kesimpulan berdasarkan petunjuk yang telah ditemui di badan mayat. Fasilitator yang ditugaskan sebagai Police akan menyemak maklumat yang diberikan sama ada betul atau tidak. Jika terdapat kesalahan atau kekurangan info, mereka perlulah membetulkan kesalahan tersebut. Police akan mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar mengikut petunjuk yang dijumpai. Melalui aktiviti ini, kita dapat melihat kerjasama yang ditunjukkan antara ahli kumpulan untuk melaksanakan tugasan serta pengaplikasian pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar Princess of Naradhiwas University (PNU).

FASA 4: Elaboration


Fasilitator yang ditugaskan sebagai Police akan memantau setiap ahli kumpulan sambil mencatat kesalahan yang dilakukan. Markah akan ditolak setiap kali kesalahan dilakukan.

FASA 5: Evaluation


Setelah selesai aktiviti ini, setiap kumpulan diminta untuk membuat satu video berdasarkan apa yang mereka pelajari dari program SULAM ini. Mereka boleh membuat video pengajaran berkaitan sistem nombor. Video yang telah siap direkod mestilah dimuat naik ke mana-mana aplikasi media sosial. Melalui video tersebut, kita dapat menilai tahap kefahaman mereka mengenai konsep pembelajaran melalui aktiviti yang dilaksanakan. Selain dapat memberikan pengetahuan yang baru kepada pelajar-pelajar, ia juga dapat meningkatkan kefahaman dalam  kursus kejuruteraan di Princess of Naradhiwas University (PNU).

© 2024 by the Student of DTN3013 Computer Architecture and Organization
Powered by Webnode Cookies
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started