Rasional Projek


Rasional Projek

1. Memperkukuh kemahiran literasi nombor sebagai kemahiran asas untuk survival di dalam masyarakat. 

2. Menyebarluas pengetahuan dan mempromosi kemahiran penyelenggaraan komputer sebagai sumber pendapatan dalam kalangan masyarakat.

Angka atau nombor merupakan platform komunikasi bersifat saintifik. Kemahiran literasi nombor amat diperlukan dalam dunia digital yang semakin mencabar dengan penciptaan teknologi-teknologi baharu. Penciptaan teknologi baharu yang menggunakan nombor sebagai perwakilan digital bagi operasinya memerlukan masyarakat menguasai kemahiran literasi nombor agar mereka sentiasa bersedia mengadaptasi apa jua ciptaan teknologi  baharu terutamanya dari segi konsep dan logik operasinya.

Penyelenggaraan teknologi masakini yang berasaskan kepada model aturcara tersimpan dan memori turut memerlukan masyarakat menguasai kemahiran penyelenggaraan sistem berkomputer berasaskan model Von Neumaan. Kemahiran ini diperlukan oleh setiap agensi yang menggunakan teknologi berasaskan model ini. Justeru kemahiran ini boleh dikuasai untuk menjana sumber pendapatan kerana permintaannya yang meluas.  

Penambahbaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran telah menjadikan mahasiswa/wi bukan sahaja berperanan sebagai penerima input pengetahuan dan kemahiran malah turut menjadi agen penyebar kepakaran dalam kalangan masyarakat. Justeru, idea SULAM GO GLOBAL menginspirasikan projek CoMASPro'24 sebagai pendekatan pembelajaran yang lebih bermakna melalui pengalaman sebenar mahasiswa/wi di lapangan bagi mengukuhkan kemahiran literasi nombor sebagai kemahiran survival dalam kalangan masyarakat di peringkat antarabangsa dan juga menyebarluas pengetahuan dan kemahiran penyelenggaraan komputer sebagai sumber pendapatan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Ringkasan Projek

Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi syarat khusus kursus Senibina dan Organisasi Komputer (DTN3013) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Projek ini merupakan sebahagian dari markah kerja kursus yang merangkumi dua (2) dari lapan (8) topik iaitu 1) Sistem Nombor Digital dan Perwakilan Data serta 2) Komponen Sistem Komputer.

Jumlah keseluruhan SLT bagi kedua-dua topik ini ialah 31 jam dengan nisbah 21:26 (kuliah/makmal: lapangan/komuniti). Pentaksiran merangkumi ujian topikal bagi topik Sistem Nombor Digital dan Perwakilan Data, penghasilan student-generated content (video) secara individu bagi topik Komponen Sistem Komputer dan projek berkumpulan (SULAM) bagi kedua-dua topik yang menyumbang markah kerja kursus sebanyak 60%. 

Projek CoMASPro'24 diinspirasi dari SULAM, iaitu salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam menambahbaik pendekatan pembelajaran melalui pendekatan yang dikenali sebagai pembelajaran perkhidmatan. Inisiatif pelajar kursus DTN3013 semester 1 2023/24 UPSI yang menganjurkan COMASPRO'24 adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan di peringkat yang lebih tinggi di samping mempromosi kepakaran mahasiswa/wi UPSI ke peringkat global. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mahasiswa/wi untuk melibatkan diri dalam komuniti, tetapi juga membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari kepada masyarakat di negara luar. Penglibatan pelajar turut mempunyai nilai kredit tersendiri dan dikira dalam Student Learning Time (SLT).  

Objektif  Projek

1) Memenuhi keperluan kursus Senibina dan Organisasi Komputer (DTN3013) berkenaan CLO1 iaitu menghuraikan seni bina sistem komputer dengan betul .

2) Memenuhi keperluan kursus Senibina dan Organisasi Komputer (DTN3013) berkenaan CLO3 iaitu mengurus komputer dan perkakasan melalui pemasangan, pengkongfigurasian dan penyelenggaraan dengan betul.

3) Mencipta pengalaman pengajaran dan pembelajaran topik Sistem Nombor Digital dan Perwakilan Data serta 2) Komponen Sistem Komputer melalui aktiviti game-based learning di lapangan melalui pembelajaran perkhidmatan di peringkat antarabangsa dengan cabaran bahasa, budaya dan pengalaman mahasiswa/wi semester I (pelajar baharu).

4) Memupuk kerjasama mahasiswa/wi dalam setiap proses perancangan dan perlaksanaan projek CoMASPro'24.

5) Melahirkan mahasiswa/wi yang bertanggungjawab dalam setiap urusan yang dilakukan di peringkat dalam dan luar negara.

Profil Peserta

Para peserta adalah dalam kalangan mahasiswa/wi semester I tahun I (pelajar baru) dari program AC10 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan dengan Kepujian), AT13 - Ijazah Sarjana Muda Kimia dengan Pendidikan (Kepujian), MT018 - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas dengan Pendidikan (Kepujian), dan program-program minor di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan jumlah keseluruhan seramai 30 orang. Cabaran utama adalah dari segi pengalaman kerana mereka baharu sahaja bergelar mahasiswa/wi universiti. 

Profil Komuniti

Seramai 25 orang pelajar dari program Kejuruteraan Komputer, Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand terlibat secara langsung dalam projek ini.


Kolaborasi dan Penajaan

Bagi perlaksanaan projek ini, kolaborasi telah berjaya diadakan di antara UPSI dan Princess of Naradhiwas University dari aspek lokasi, fasiliti dan makanan. Di samping itu, projek ini juga mendapat penajaan dari SULAM PPA-FKMT sebanyak RM6000.00, University-Community Transformation Center (UCTC) sebanyak RM1500.00, International Mobility Centre (IMC) sebanyak RM2880.00, IPS-FKMT IPS Trust Account sebanyak RM15,000.00 dan Offshore Trust Account sebanyak RM7000.00. Jumlah keseluruhan penajaan adalah sebanyak RM32,380.00.

© 2024 by the Student of DTN3013 Computer Architecture and Organization
Powered by Webnode Cookies
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started