Maklumat Kursus
Projek ini telah diinspirasikan melalui kursus Organisasi dan Senibina Komputer dengan kod kursus DTN3013 yang bernilai tiga (3) jam kredit.
Sinopsis: Kursus ini membincangkan organisasi dan senibina sistem komputer yang merangkumi sejarah pembangunan sistem komputer, arkitektur sistem komputer, sistem bus, ingatan
dalaman dan luaran, input/output, operasi unit kawalan, struktur dan fungsi CPU, dan sistem-sistem operasi. Meliputi juga pemasangan PC, konfigurasi dan penyelenggaraan. Pro forma kursus boleh diperoleh di sini.
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
Kursus DTN3013 mempunyai tiga (3) CLO. CLO1 menghuraikan seni bina sistem komputer dan operasi sistem komputer dengan betul (C2), CLO2 menerangkan model komputer dan sistem pengoperasian dengan betul (C5), dan CLO3 mengurus komputer dan perkakasan lain melalui pemasangan, pengkonfigurasian dan penyelenggaraan dengan betul (P4). Walau bagaimanapun, hanya CLO1 terlibat bagi projek SULAM edisi The Number Systems 'Binary Assassination' dan CLO3 bagi edisi The Computer Installation 'A Crazy Doctor'.